Pilihan rawatan invasif minimum untuk regurgitasi injap mitral

Rawatan TMVr

Selepas pembedahan

Selepas prosedur TMVr, anda akan kekal dalam unit rawatan rapi (ICU) selama kira-kira 24 jam untuk pemerhatian. Selepas itu, anda akan kekal berada di wad biasa selama tiga hingga lima hari. Namun begitu, pasca penjagaan adalah berbeza di antara hospital-hospital. Doktor yang merawat akan menyelaraskan tempoh kemasukan wad megikut keperluan dan keadaan kesihatan anda.

Kebanyakan pesakit akan mendapati gejala-gejala yang sebelumnya akan dikurangkan dengan segeranya selepas pembedahan, contohnya gejala-gejala seperti kesesakan nafas dan keupayaan fizikal pun telah bertambah baik. Walau bagaimanapun, selepas prosedur TMVr, anda perlu terus mengambil ubat, terutamanya ubat yang mencairkan darah dan rawatan untuk ketidakcukupan kardiak yang mungkin wujud. Ini adalah penting untuk anda mematuhi arahan-arahan doktor dengan sepenuhnya untuk segala yang berkaitan dengan ubat anda dalam tempoh segera selepas pembedahan untuk mengelakkan risiko kesihatan.

Setelah anda dibenarkan keluar dari hospital, anda mestilah mengelakkan aktiviti yang berat (seperti mengangkat dan membawa) sekurang-kurangnya 30 hari. Majoriti pesakit yang mempunyai TMVr tidak lagi memerlukan bantuan khas di rumah, selain daripada penjagaan yang berkaitan dengan masalah-masalah lain.

 

©2021. MAT-2109983 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved.  Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan