Pilihan rawatan invasif minimum untuk regurgitasi injap mitral

Tanya doktor anda

Jangan mudah mengabaikan gejala-gejala anda. Jika anda mengalami kesesakan nafas, mengantuk atau gejala-gejala lain yang disebut (pautan kepada Gejala dan punca), penting untuk anda membuat janji temu dengan doktor keluarga anda.

Persediaan untuk temu janji

Ini adalah penting untuk anda memberitahu doktor keluarga anda tentang gejala-gejala yang mengalami supaya mereka boleh membantu dengan sebaiknya. Soalan-soalan berikutnya boleh dirujuk untuk pertanyaan semasa temu janji:

  • Apakah yang menjadikan punca kepada masalah anda?
  • Apakah kekerapan anda mengalami gejala-gejala tersebut pada bulan yang lalu?
  • Adakah gejala ini menjejaskan aktiviti harian/kerja anda?
    • jika ya, apakah gejala yang dialami?
  • Pernahkah anda mengalami gejala-gejala semasa:
    • Ketika berehat
    • Mengenakan pakaian/mandi
    • Berjalan
    • Menaiki tangga
    • Melakukan kerja rumah
    • Berkebun
    • Makan 
    • Merokok
    • Ketika di bawah tekanan/tertekan
    • Lain-lain…………
  • Adakah anda melakukan sesuatu yang berkaitan secara bersendirian?
  • Sejauh manakah gejala ini akan menjejaskan kualiti kehidupan anda?
  • Adakah gejala ini akan menjejaskan kehidupan keluarga anda?
  • Secara peribadi, apakah yang anda fikir sedang berlaku?

©2021. MAT-2109977 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved.  Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan