Pilihan rawatan invasif minimum untuk regurgitasi injap mitral

Kebocoran injap mitral jantung

Diagnosis

Jika anda disyaki mempunyai injap jantung yang bocor, pada permulaan doktor akan memeriksa jantung anda dengan stetoskop. Ini dapat dikesani dengan stetoskop jikalau terdapat masalah pada injap mitral semasa pengaliran darah dari ruang jantung kiri ke atrium kiri. Kaedah-kaedah pemeriksaan untuk menentukan kebocoran injap mitral jantung adalah seperti berikut.

Filem jantung

Elektrokokardiografi (ECG atau filem jantung) ialah sejenis kaedah pemeriksaan yang merekodkan aktiviti-aktiviti elektrik jantung dan pengesanan degupan jantung yang tidak normal atau kerosakan pada otot jantung. Xray dada juga akan mempamerkan dengan jelas jikalau terdapat sebarang kebengakakan atrium kiri dan cecair yang terkumpul di dalam paru-paru (edema). Selain itu, kateterisasi jantung boleh mempamerkan isipadu darah yang mengalir balik dari ventrikel kiri melalui injap mitral yang bermasalah ke atrium kiri dengan setiap degupan jantung.

Ultrasound jantung

Salah satu daripada pemeriksaan yang paling berkesan yang menentukan kebocoran injap mitral jantung ialah ekokardiografi, yang dirujuk sebagai echo jantung. Dalam proses ini, imej jantung yang terbentuk daripada gelombang-gelombang bunyi akan membantu doktor anda memeriksa kedua-dua aliran balik darah dari ventrikel kiri ke atrium kiri dan kebengkakan atrium kiri. Ekokardiografi boleh dilakukan secara luaran (ekokardiografi transtorasik) dan dalaman melalui esofagus (ekokardiografi transesofagus).

Semasa ekokardiografi tekanan (stress echocardiography) dilakukan, pesakit-pesakit dikehendaki melakukan aktiviti enaman yang sederhana di ergometer kitar untuk mempercepatkan degupan jantung. Ini adalah  kerana sukar untuk menganggar keterukan semasa pemeriksaan dalam keadaan rehat. Jika ini tidak dapat dilakukan atas sebab kesihatan, degupan jantung juga boleh dipercepatkan dengan menekan bola getah busa beberapa kali supaya kebocoran injap mitral jantung boleh dikesan dengan jelasnya..

©2021. MAT-2109978 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved.  Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan