Pilihan rawatan invasif minimum untuk regurgitasi injap mitral

Gejala dan punca

Jika anda mengalami kesesakan nafas, masalah semasa menaiki tangga dan degupan jantung yang pantas, anda mungkin mengalami ketidakcukupan mitral. Atau gangguan daripada injap mitral yang merupakan salah satu daripada injap jantung. Ini adalah dikenali sebagai ‘kebocoran injap mitral jantung’.

Gejala kebocoran injap jantung mitral

Gejala kebocoran injap mitral jantung adalah bergantung kepada tahap kebengkakan injap. Dalam kebanyakan kes, kebocoran injap mitral jantung hanya mengalami sedikit gejala atau langsung tiada gejala. Dalam kes sekatan bekalan darah daripada injap mitral yang teruk, gejala-gejala berikut adalah dipertimbangkan:

  • Kesesakan nafas, terutamanya selepas bersenam atau ketika berbaring
  • Rasa lemah dan letih, terutamanya semasa menjalani aktiviti yang meningkat (contohnya, menaiki tangga)
  • Kekurangan selera makan
  • Mengantuk
  • Tidak sedar diri seketika, pandangan anda kadangkala “menjadi gelap”
  • Batuk yang merengsakan yang kadangkala semakin teruk apabila berbaring
  • Palpitasi jantung, rasa degupan jantung pantas dan berdebar
  • Pengekalan cecair, kaki dan buku lali bengkak
  • Kerap berkencing pada waktu malam

Apakah itu Ketidakcukupan Mitral?

Ketidakcukupan injap mitral, ketidakcukupan mitral atau MI merupakan gangguan bekalan darah daripada salah satu injap jantung, iaitu injap mitral. Injap jantung berfungsi untuk mengawal pengaliran darah melalui empat ruang-ruang jantung. Setiap injap mengandungi struktur tisu yang lembut namun stabil. Apabila darah mengalir melalui empat ruang-ruang jantung ini, injap-injap akan berbuka dan bertutup untuk memastikan pengaliran darah dalam arah yang betul.

Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan ventrikel kiri dan bertindak sebagai pengedap: ia memastikan darah mengalir melalui jantung dengan degupan jantung yang normal. Jika injap mitral tidak bertutup dengan sepenuhnya, darah akan mengalir balik dalam arah bertentangan, atau mengalir balik ke dalam atrium. Ini merujuk sebagai pengaliran balik ketidakcukupan mitral.

Punca-punca kebocoran injap jantung

Terdapat pelbagai jenis punca-punca yang menyebabkan kebocoran injap mitral jantung. Ini adalah termasuk:

  • Kemerosotan tisu injap
  • Kecacatan injap kongenital
  • Masalah jantung seperti infarksi atau punca lain akibat daripada kelemahan otot jantung

Akibat-akibat kebocoran injap jantung

Injap mitral yang bocor akan meningkatkan beban kepada jantung dan paru-paru. Tahap keterukan adalah bergantung kepada isipadu darah beroksigen yang mengalir ke organ, dan kemudian mengalir balik ke atrium tanpa peredaran dalam badan.

Sebab-sebab yang mengakibatkan kobocoran injap jantung adalah disebabkan oleh pampasan semasa kekurangan kuantiti darah dalam organ. Sesetengah pesakit juga akan mengalami kebengkakan jantung. Keadaan ini akan menyebabkan jantung perlu mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih kuat. Dari semasa ke semasa, ini akan melemahkan jantung. Kelemahan jantung akan menyebabkan pengurangan keupayaan jantung, kesesakan nafas semasa melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan sekatan bekalan darah semasa peredaran darah dalam paru-paru. Ini akan menyebabkan pulmonari edema yang akan mengganggu dan mengancam nyawa. Pengaliran balik darah ke dalam atrium juga akan menyebabkan kebengkakan atrium. Ini akan menyebabkan aritmia jantung (contohnya, fibrillasi atrium) atau strok. 

Badan kita  berkeupayaan untuk menampung keadaan injap jantung yang tidak tertutup dengan sempurna buat sementara waktu tanpa dikesani. Ini hanya akan dikesani apabila gejala-gejala semakin tertimbul. Walau bagainmanapu, gangguan injap pada tahap ini sudah mencapai peringkat yang teruk. Ketidakcukupan mitral yang teruk dikehendaki menjalankan pemeriksaan dan rawatan dengan segera untuk mengelakkan akibat-akibat seperti disebut di atas. 

Pelbagai peringkat kebocoran injap mitral jantung

Persatuan Jantung New York (NYHA) mengklasifikasikan tahap keterukan kebocoran injap mitral berdasarkan keupayaan fizikal.

©2021. MAT-2109976 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved.  Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan