
Doktor anda akan memberikan ubat-ubatan yang membantu untuk merawat gejala injap jantung mitral yang bocor. Walau bagaimanapun ubat-ubatan boleh merawat gejala-gejala yang tertimbul, tetapi tidak akan menghilangkan punca itu sendiri. Ubat-ubatan rawatan adalah seperti berikut:
Diuretik ialah ubat yang akan membantu badan anda untuk merembeskan cecair yang berlebihan. Ubat ini akan menstimulasikan buah pinggang anda untuk menghasilkan lebih banyak air kencing. Disebabkan ini, jantung akan mengurangkan pengepaman cecair melalui badan dan pembentukan cecair (edema) dalam paru-paru atau kaki.
Ubat-ubatan yang mengawal tekanan darah (contohnya, penyekat ACE atau penyekat AT1) diberikan supaya jantung anda mengepam tanpa halangan. Ini akan mengurangkan beban jantung anda dan mengurangkan aliran balik darah.
Pencair darah (antigumpal atau penyekat gumpalan) mestilah mengurangkan risiko gumpalan darah. Ini melindungi jantung daripada serangan strok. Ini sering berlaku akibat daripada aritmia kardiak yang disebabkan ketidakcukupan mitral.
©2021. MAT-2109980 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved. Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan