Pilihan rawatan invasif minimum untuk regurgitasi injap mitral

Rawatan Pembaikan Injap Mitral Secara Transkateter

Doktor anda boleh mencadangkan rawatan pembaikan injap mitral secara transkateter (pembinaan semula injap mitral secara perkutaneus) jika anda memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Rawatan TMVr adalah paling kurang invasif jika dibandingkan dengan pembedahan jantung terbuka.

Pakar-pakar kardiologi dan pakar-pakar bedah jantung yang akan menjalankan prosedur ini untuk membaiki injap jantung yang bocor dengan memasang klip khas pada injap mitral. Klip ini akan memastikan injap jantung bertutup dengan lebih berkesan dan menambahbaikan pengaliran darah secara normal melalui jantung.

Bagaimanakah rawatan ini berfungsi?

Pembaikan injap mitral secara transkater ialah rawatan melalui sejenis klip yang akan dipasang terus pada injap mitral anda tanpa pembedahan dada dan penyambungan kepada mesin jantung paru-paru. Untuk mencapai injap mitral anda, satu kateter panduan fleksibel yang panjang akan dimasukkan melalui arteri pada bahagian pangkal paha dan digerakkan ke atas jantung.

Kemudian, klip ini akan dipasang pada injap dengan bantuan kateter panduan. Selepas ini, injap anda akan bertutup dan berfungsi dengan lebih berkesan semula. Semasa prosedur ini, doktor anda akan menentukan kedudukan klip dalam keadaan jantung tengah berdegup. Jika perlu, doktor anda akan melaraskan alat ini sekerap mungkin untuk mencapai penambahbaikan optimum yang diingini dalam keadaan ketidakcukupan mitral. Penambahbaikan untuk ketidakcukupan mitral boleh ditentukan dengan imbasan imej 3D-ultrasound. Anda akan berada  dalam keadaan anestesia yang sepenuhnya semasa prosedur ini.

Adakah anda layak mendapatkan rawatan ini?

Rawatan transkateter untuk membaiki ijap mitral  adalah sesuai terutamanya untuk golongan:

  • pesakit lanjut usia
  • pesakit yang mempunyai masalah selain penyakit jantung

Jika anda tergolong dalam salah satu daripada kumpulan seperti di atas, anda mungkin mengalami risiko komplikasi semasa pembedahan jantung terbuka. Rawatan transkateter merupakan satu alternatif yang baik untuk membaiki injap mitral anda dengan mengurangkan gejala-gejala secara kurang invasif. Namun begitu, setiap pesakit mempunyai kriteria yang tersendiri yang akan menentukan sama anda rawatan transkateter ini boleh dilakukan. Hanya doktor yang boleh menentukan sama ada rawatan pembaikan injap mitral scara transkateter ialah pilihan yang tepat untuk anda.

©2021. MAT-2109981 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved.  Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan