
Selain kebocoran injap jantung (ketidakcukupan mitral), terdapat juga masalah-masalah injap jantung lain.
Stenosis injap mitral merujuk kepada penyempitan injap mitral. Keadaan ini berlaku apabila injap tidak dapat buka dengan sepenuhnya semasa pengaliran darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
Injap aorta merupakan injap yang terletak di sebelah kiri jantung yang berfungsi untuk pengaliran darah dari ventrikel kiri ke aorta, dan dari aorta darah diedarkan ke seluruh badan.
Ini merupakan masalah injap jantung yang paling biasa dikesaani. Dalam contoh ini, injap jantung yang keras akan menyekat pengaliran darah dari ventrikel kiri. Akibatnya, jantung perlu mengepam dengan lebih kuat supaya darah yang beroksigen dapat dibekal ke aorta dan seluruh badan. Walau bagaimapun, ini adalah bergantung kepada tahap-tahap keterukan. Jikalau darah yang beroksigen adalah tidak mencukupi semasa perderan, ini akan menyebabkan gejala-gejala seperti pening kepala atau sinkop (pengsan). Pengapuran injap jantung ialah punca yang paling biasa dijumpai di stenosis injap aorta.
Dalam keadaan ketidakcukupan injap aorta, injap aorta tidak dapat bertutup dengan sempurna. Disebabkan ini, sebahagian darah yang dipam dari ventrikel kiri ke dalam aorta akan mengalir balik semula. Namun begitu,kebengkakan terjadi akibat ventrikel kiri perlu menampung darah baru yang mengalir dari atrium kiri dan mengakibatkan ketidakcukupan kardiak (jantung menjadi lemah). Punca yang menyebabkan ketidakcukupan injap aorta ialah reumatisme akut. Masalah ini boleh menjejaskan injap jantung, atau keradangan injap aorta (endokarditis) yang berpunca daripada bakteria.
©2021. MAT-2109979 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved. Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan