Pilihan rawatan invasif minimum untuk regurgitasi injap mitral

Pembedahan jantung terbuka

Doktor anda mungkin akan mencadangkan pembaikan melalui pembedahan (pembinaan semula) atau penggantian injap mitral bergantung kepada punca, tahap keterukan dan gejala kebocoran injap mitral anda. Kelayakan pembedahan adalah bergantung kepada profil penyakit dan kesesuaian fizikal anda jikalau pembedahan merupakan rawatan yang paling baik. Pembedahan jantung terbuka lebih diutamakan disebabkan keputusan jangka masa panjang yang baik.

Pembinaan semula injap mitral​

Jika injap jantung yang bocor anda boleh dipulihkan dan mengekalkan injap jantung anda sendiri, pakar bedah biasanya akan memilih pembinaan semula injap mitral. Pelbagai teknik boleh dipilih untuk pembinaan semula injap mitral. Contohnya, gegelang injap boleh disempitkan dengan menggunakan gegelang plastik untuk menambah baik penutupan injap. Teknik pembinaan semula yang kurang invasif bahkan boleh dijalani melalui pembedahan yang kecil di bawah puting sebelah kanan.

Penggantian injap mitral

Jika injap mitral mengalami kerosakan yang teruk, ia mestilah digantikan melalui pembedahan. Ini boleh dilakukan dengan sama ada injap jantung mekanikal yang diperbuat daripada logam atau plastik, atau dengan penyisipan prostesis injap jantung organik. Selepas penyisipan injap jantung mekanikal, pesakit mestilah mengambil ubat penyekatan gumpalan (pencairan darah) seumur hidup. Untuk penggantian injap mitral, dada akan dibedah dan pesakit akan disambungkan kepada mesin jantung-paru-paru semasa pembedahan.

©2021. MAT-2109982 v2.0 | Approved to distribute in Singapore only. All Rights Reserved.  Dasar Privasi dan Syarat Penggunaan